Wednesday, November 23, 2011

Unit 04 : Konsep Akhlak

Unit 04 : Konsep Syariah & Bidang-bidangnya

Unit 04 : Konsep Aqidah


Pengertian Aqidah
Menurut etimologi bahasa Arab, perkataan „aqidah‟ merupakan kata terbitan daripada perkataan „aqada‟ bermakna 'ikatan' atau 'sangkutan' atau menyimpulkan sesuatu. Menurut istilah (terminologis) 'aqidah' bererti 'kepercayaan', 'keyakinan' atau 'keimanan' yang mantap dan tidak mudah terurai oleh pengaruh mana pun sama ada dari dalam atau dari luar diri seseorang, iaitu keyakinan yang kukuh dalam hati terhadap kewujudan Allah, hari akhirat, kitab kitab, rasul-rasul, malaikat-malaikat, serta qadak dan qadar
Tujuan Mempelajari Aqidah
(1)- Memantapkan keyakinan di hati dengan kewujudan, keesaan dan kekuasaan Tuhan.
(2)- Mengenali ajaran aqidah yang salah.
(3)- Menjaga iman di dunia dan akhirat.
Kepentingan Aqidah dalam Islam ialah:
(1)- Amalan-amalan seseorang tidak diterima oleh Allah, kecuali amalan-amalan orang yang beriman yang berasaskan aqidah.
(2)- Aqidah menjadi asas utama untuk mengukuhkan keyakinan manusia kepada beragama yang menjadi fitrah manusia yang memerlukan hidup beragama.
(3)- Aqidah menanam keimanan dalam hati seseorang. Mereka yang tidak tertanam dalam hati adalah mereka yang terpedaya oleh kesenangan hidup di dunia.
(4)- Beraqidah adalah suatu perkara yang terpenting untuk mendapat kebaikan dunia dan akhirat.
(5)- Aqidah menjadi asas utama membentuk jati diri manusia agar membentuk manusia yang mempunyai sifat-sifat baik seperti sabar, tenang, bahagia dan lain-lainnya.
Mengenal dan percaya kepada Allah
Percaya kepada Allah SWT: ini merupakan kepercayaan pokok. Kepercayaan kepada Allah SWT, iaitu percaya Allah SWT itu tuhan yang esa dan tiada tuhan selainnya. Percaya Allah SWT itu pencipta, pemilik, pentadbir seluruh alam. Percaya Allah SWT bukan makhluk dan maha sempurna, maha hebat dan maha menetukan segalanya, hanya Allah SWT yang layak disembah. Allah tidak sama dengan makhluk, tidak dapat dilihat dan disentuh. Allah mempunyai sifat-sifat yang sempurna dan tidak ada sifat-sifat yang kurang. Allah menjadikan alam ini dan semua makhluk. Allah adalah satu sahaja, tidak mempunyai anak dan ibu bapa.
Tugas Manusia Mencari Kebenaran Aqidah
Manusia mencari kebenaran adalah bersama dengan manusia mencari Tuhan. Tuhan ialah maha pencipta yang mencipta manusia dan bumi ini. Tuhan menyusun agama agar manusia dapat menjadi sebagai panduan dan hidup mengikut kehendak Tuhan. Mengikut pandangan Islam setiap orang dikehendaki mencari aqidah yang benar, tidak boleh percaya kepada sesuatu agama secara membati buta, atau mengikut ibu bapa sahaja. Semasa kecil seseorang itu boleh disuruh mengikut ibu bapa tetapi apabila telah baligh ia dikehendaki menyelidik dan membuat keputusan bahawa agama Islam adalah agama yang benar. Sekiranya ditanya kenapa kamu beragama Islam? Ia akan menjawab: Agama Islam adalah agama yang benar yang diturunkan oleh Allah untuk semua manusia. Sesiapa yang beragama selain dari Islam, ia akan rugi di akhirat nanti. Sesorang muslim tidak boleh memaksa orang-orang bukan Islam menganut Islam begitu juga tidak boleh meroboh rumah-rumah ibadat mereka. Terserah kepada Allah untuk membalas terhadap kecuaian mereka sehingga gagal mencari agama yang sebenar. Beraqidah yang betul adalah penting kerana dapat membentuk seseorang menjadi insan yang jujur kepada diri sendiri dan orang lain, mengelakkan daripada berfikiran beku dan bersikap pak turut. Ia juga sentiasa berusaha untuk melakukan amalan yang benar sebagaimana dikehendaki oleh Pencipta (Allah) Hidup beragama menjadikan rakyat atau manusia akan mempunyai akhlak yang mulia seperti jujur, sabar, taat dan lain-lainnya.
Kesimpulan
Manusia dan kehidupan beragama tidak dapat dipisahkan. Hidup beragama atau hidup berakidah adalah suatu sifat naluri semula jadi manusia yang dicipta oleh Allah SWT. Akidah berperanan sebagai pendorong dan pemangkin kepada manusia supaya melakukan yang terbaik dan menghindari perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Unit 04 : Tasawwur Islam - Pengertian Tasawwur Islam

Unit 03 : Pengaruh Tamadun Islam Terhadap Pertumbuhan Sains Moden Di Eropah

Unit 03 : Sumbangan Tamadun Islam - Bidang Seni

Unit 03 : Sumbangan Tamadun Islam - Bidang Sains Sosial